suria

Jangkitan baharu menurun kepada 3,733, Malaysia rekod angka korban tertinggi dengan 26 kes kematian

Malaysia merekodkan 3,733 kes baharu pada Ahad.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 3,733 kes baharu, menjadikan keseluruhan 440,677 kes setakat Ahad.

Pada Sabtu, Malaysia merekodkan 4,519 kes manakala sebanyak 4,498 kes direkodkan pada Jumaat.

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,278 kes, diikuti Sarawak (454) dan Johor (365).

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: 4,519 kes baharu, 25 korban... 393 pesakit di ICU

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 37,060 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 3,733 kes baharu yang dilaporkan, 3,727 kes merupakan penularan tempatan dan baki enam kes adalah jangkitan luar negara.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 26 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini, sekaligus menjadikannya jumlah kematian harian yang tertinggi setakat ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,683 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Ahad.

Beliau berkata, sebanyak 3,211 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Ahad dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 401,934 kes.

"Sehingga kini, terdapat 416 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 216 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor, korban tertinggi

Artikel Lain