suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seluruh Malaysia tak dibenar rentas negeri, daerah mulai 10 Mei hingga 6 Jun ini

Beberapa aktiviti rasmi dan tidak rasmi juga tidak dibenarkan dalam tempoh tersebut.

PENINGKATAN kes Covid-19 membuatkan rakyat di negara ini risau khususnya apabila Hari Raya Aidilfitri akan diraikan tidak lama lagi.

Dalam perkembangan terbaharu, semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara tidak dibenarkan berkuatkuasa 10 Mei sehingga 6 Jun ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beberapa aktiviti rasmi dan tidak rasmi juga tidak dibenarkan dalam tempoh tersebut.

“Semua aktiviti seperti aktiviti sosial, pendidikan dan ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan atau kesesakan awam tidak dibenarkan.

“Turut tidak dibenarkan ialah aktiviti rasmi, sosial dan aktiviti bersemuka oleh kerajaan dan swasta, ” katanya dalam satu kenyataan mengenai PKP, PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan pada Sabtu.

Beliau menjelaskan, aktiviti sukan dan rekreasi individu dan tidak bersentuhan fizikal dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter di kawasan terbuka di kawasan PKP dibenarkan bagi tujuan kesihatan.

"Bagaimanapun, keputusan ini akan disemak semula selepas dua minggu, ” katanya. - Sinar Harian.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia