suria

Covid-19: 4,519 kes baharu, 25 korban... 393 pesakit di ICU

393 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 210 kes memerlukan bantuan pernafasan.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 4,519 kes baharu, menjadikan keseluruhan 436,944 kes setakat.

Daripada 4,519 kes baharu yang telah dilaporkan, lima merupakan kes import dan selebihnya merupakan penularan tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak perlu PKP berdarjat, masyarakat keliru” - Dr Rafidah bimbang Malaysia ikut jejak India, rayu adakan PKP penuh sekali lagi

Antara negeri dengan kes jangkitan harian tertinggi adalah Selangor dengan 1,722 kes diikuti Kuala Lumpur (557) dan Sarawak (479).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 25 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,657 kes kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan 25 kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,657 kes," ujarnya.

Sehingga hari ini, 2,719 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 398,723 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 393 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 210 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain