suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19: Rekod kes harian meningkat, semua gerai tepi jalan di Kelantan diarah tutup

Pandemik Covid-19 di Kelantan semakin meningkat dan kes positif harian tidak menunjukkan sebarang tanda penurunan. (Gambar Hiasan)

BIARPUN Selangor masih mendahului rekod kes harian Covid-19, Kelantan menjadi antara negeri lain yang turut mencatatkan jangkitan tinggi wabak itu.

Susulan itu, kerajaan Kelantan mengarahkan semua perniagaan di tepi jalan di negeri ini ditutup sepenuhnya berkuatkuasa pada Ahad susulan peningkatan jumlah jangkitan Covid-19.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan melalui kenyataan media pada Sabtu memaklumkan, pandemik Covid-19 di Kelantan semakin meningkat dan kes positif harian tidak menunjukkan sebarang tanda penurunan.

Kenyataan itu turut menyebut, keadaan lebih rumit apabila kemudahan kesihatan Covid-19 di negeri ini semakin kritikal.

"Keputusan penutupan semua kedai itu bagi mengelakkan orang ramai berkumpul di satu-satu tempat yang menjadi salah satu faktor penyumbang kepada penularan pandemik tersebut.

"Antara aktiviti yang dikenal pasti menarik perkumpulan sedemikian pada masa ini ialah gerai atau penjaja di tepi jalan," kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu itu, penjaja juga dilihat tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Tambah kenyataan itu, pemakluman berhubung langkah berkenaan sudah dipanjangkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menguatkuasakan arahan tersebut.

"Patuhi arahan ini bagi mengelakkan berdepan tindakan undang-undang," kata kenyataan itu lagi. - Sinar Harian.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia