suria

Melonjak hampir 1,000... kes baharu Covid-19 4,498, Selangor masih catat jangkitan tertinggi

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 4,498 kes baharu, menjadikan keseluruhan 432,425 kes setakat Jumaat.

Jumlah jangkitan baharu itu melonjak hampir 1,000 kes berbanding Khamis iaitu 3,551 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 34,789 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Selangor kekal catat jumlah kes harian tertinggi, masih 4 angka... jangkitan baharu 3,551

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,424 kes, Sarawak (750) dan Kuala Lumpur (436).

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 22 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,632 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Jumaat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 3,449 kes telah pulih Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 396,004 kes.

"Sehingga kini, terdapat 372 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 211 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain