suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selangor kekal catat jumlah kes harian tertinggi, masih 4 angka... jangkitan baharu 3,551

Malaysia merekodkan sebanyak 3,551 kes baharu pada Khamis.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 3,551 kes baharu, menjadikan keseluruhan 427,927 kes setakat Khamis.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 33,762 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 3,551 kes baharu yang dilaporkan, 3,535 kes merupakan penularan tempatan dan baki 16 kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Makin tinggi! 3,744 jangkitan baharu, Selangor catat jumlah kes harian tertinggi melebihi 1,500

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,137 kes, diikuti Kuala Lumpur (477), Sarawak (391) dan Kelantan (326).

Labuan merekodkan kes terendah pada hari ini dengan dua kes, manakala Perlis pula tiga kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 19 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,610 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Khamis.

Beliau berkata, sebanyak 2,709 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 392,555 kes.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sehingga kini, terdapat 354 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 199 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain