suria

Najib akur dikompaun RM3,000 gara-gara langgar SOP di restoran - “Saya dan orang biasa akan disiasat, didenda...”

Najib dikompaun kerana tidak mengimbas suhu dan kod QR aplikasi MySejahtera.

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akur kerana dikenakan kompaun berjumlah RM3,000 gara-gara tidak mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum menjamu selera di sebuah restoran di Kuala Lumpur, pada Mac lalu.

Menerusi hantaran di Facebook, Najib berkata beliau akan membayar kompaun berkenaan.

"Selepas saya mengaku salah, saya dikompaun RM3,000 sebab melakukan dua kesalahan langgar SOP Covid iaitu tidak imbas suhu badan dan tidak scan MySejahtera.

"Saya akan bayar kompaun ini," katanya.

Dalam perkongsian yang sama, Najib berkata pemilik restoran nasi ayam berkenaan turut didenda RM10,000.

"Saya dan orang biasa akan disiasat polis dan didenda kerajaan.

"Kalau menteri-menteri kerajaan langgar SOP, saya tak tahulah," katanya.

Najib sebelum ini mengaku mengaku tidak mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum menjamu selera di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beliau bagaimanapun menyatakan kesediaan untuk membayar denda dan bertegas tidak mahu sebarang isu 'double standard' dalam kesnya. - SINAR HARIAN

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain