suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar dari Sibu maut terjatuh tingkat lapan bangunan universiti di Taiwan

Mangsa dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh daripada tingkat lapan di salah sebuah bangunan di universiti tersebut. Gambar hiasan

SEORANG pelajar dari Sibu, Sarawak yang menuntut di National Taipei University of Technology, Taiwan dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh daripada tingkat lapan di salah sebuah bangunan di universiti tersebut, lapor portal See Hua Daily.

Portal tersebut berkata, pihak polis di Taiwan menolak faktor luaran dalam kes kematian mangsa.

Pengerusi Persatuan Graduan Taiwan Sarawak (Bahagian Sibu) Lawrence Tiong berkata, mangsa dipercayai mengalami tekanan luar biasa sehingga bertindak mengambil nyawa sendiri.

Tiong berkata, mangsa sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur pada Sabtu kerana tiket penerbangannya telah ditempah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Walau bagaimanapun, pelajar tersebut tidak dibenarkan pulang kerana dia tidak menjalani pemeriksaan wajib Covid-19.

"Disebabkan tidak dapat pulang, keadaan itu memburukkan lagi keadaan mentalnya," kata Tiong.

Kata Lawrence, pihaknya sedang mengatur visa untuk ibu dan adik mangsa untuk ke Taiwan bagi menguruskan perkara yang berkaitan. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia