suria

Bigfoot bikin majlis hari jadi huru-hara!

Bigfoot yang diberi nama Cinnamon ini menyebabkan kanak-kanak menjerit ketakutan.

MAJLIS sambutan hari jadi seorang kanak-kanak menjadi huru-hara apabila mereka menerima 'lawatan' daripada seekor bigfoot.

Kehadiran bigfoot yang diberi nama Cinnamon itu menyebabkan kesemua kanak-kanak termasuk tetamu di majlis keraian tersebut menjerit serta menangis ketakutan.

Keadaan itu sekali gus menggagalkan rancangan Brett McPherson yang berharap dapat membuat kejutan untuk anak perempuannya, Blaynee Mae pada majlis itu.

ARTIKLE BERKAITAN: Petugas zoo maut dibaham harimau, rakan sekerja lupa beri amaran bahawa pintu sangkar tak dikunci

ARTIKLE BERKAITAN: Kolej pengasuh elit termahal di dunia

Bercakap kepada News on 6, McPherson berkata mereka sekeluarga telah pergi bercuti di Broken Bow, Oklahoma, yang terkenal dengan dakwaan bahawa hutannya menjadi tempat tinggal makhluk berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Secara kebetulan tarikh percutian tersebut jatuh pada tarikh hari lahir anak gadis mereka dan McPherson membuat keputusan untuk mengupah bigfoot tersebut sebagai kejutan buat anaknya.

Namun reaksi yang diterima ketika makhluk tersebut mengetuk tingkap bersama dengan belon, ternyata mengejut kanak-kanak di majlis itu yang kemudiannya menjerit dan menangis.

"Mereka tunduk ke bawah seakan-akan dilanda ribut, suasana macam ada berlaku kebakaran.. Kami tidak menyangkakan reaksi yang sebegitu," kata McPherson.

Namun keadaan kembali tenang selepas Cinnamon masuk ke dewan untuk menenangkan kesemua kanak-kanak.

"Dia sangat baik hati..mereka semua akhirnya peluk dia dan mereka seronok ambil gambar dengan dia, memang gembira sangat," katanya.

Menurut McPherson dia mendapatkan khidmat bigfoot tersebut daripada sebuah syarikat di Broken Bow yang diberi nama Bigfoot Shenanigans yang turut menyediakan belon dan bakul hadiah.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

bigfoot, hari jadi

Artikel Lain