suria

China haramkan lagu karaoke bermasalah

China mengharamkan lagu yang miliki unsur terlarang di pusat karaoke bermula Oktober depan. — AGENSI.

CHINA akan menyekat mana-mana lagu karaoke yang mempunyai isi kandungan terlarang, menurut Menteri Kebudayaan dan Pelancongan negara Tembok Besar itu, lapor BBC.

Kesemua larangan itu termasuklah lagu yang berisiko mendatangkan perpecahan dalam kalangan rakyat, kedaulatan dan integriti.

Pihak pembekal lagu kepada operator karaoke juga digesa supaya membuat penilaian terlebih dulu dan menyerahkan kepada kementerian andai ada lagu yang dirasakan boleh memberikan ancaman.

Peraturan tersebut akan berkuatkuasa pada 1 Oktober ini.

Lagu akan disekat jika memiliki unsur yang boleh menimbulkan kebencian dan diskriminasi etnik.

Selain itu, lagu yang berisiko mengancam bahaya kepada keselamatan, menjejaskan kehormatan dan kepentingan negara juga akan turut disekat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Selepas 18 tahun, ini caranya kamu meninggalkan saya?" Wanita ini sedih suaminya kebas semua barang rumah

Pada masa sama, lagu yang berunsur melanggar polisi agama, menyebarkan aktiviti perjudian, keganasan dan jenayah juga turut tersenarai dalam sekatan.

Menurut kementerian itu juga, terdapat lebih 50,000 pengusaha karaoke dan hiburan di seluruh China.

Kementerian itu menambah, agak sukar untuk setiap operator karaoke mengenalpasti lagu yang mempunyai unsur larangan kerana terdapat 100,000 lagu dalam ‘library’ muzik.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Atas dasar itu, kementerian berkenaan menggesa kepada semua pembekal lagu supaya lebih bertanggungjawab.

Ini bukanlah kali pertama China bertindak menyekat lagu daripada operator karaoke.

Pada 2018, terdapat lebih 6,000 lagu sudah pun dikeluarkan daripada senarai kerana melanggar hak cipta. – BBC

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

karaoke, china, larang, lagu

Artikel Lain