suria

Israel serang pejabat media di Gaza, bangunan 12 tingkat runtuh

Bangunan Al Jalaa runtuh akibat serangan rejim zionis Israel. Foto: Mohammed Salem.

SERANGAN Israel ke atas Palestin secara berterusan ternyata menimbulkan kemarahan ramai.

Dalam perkembangan terbaharu, rejim zionis Israel memusnahkan sebuah bangunan dikenali sebagai Al Jalaa yang menjadi pejabat media antarabangsa di Gaza.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Serangan itu dilancarkan setengah jam selepas penghuni bangunan itu diberi amaran dan diarahkan supaya keluar dengan kadar segera.

ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan Israel cabul undang-undang antarabangsa, Muhyiddin harap serangan zalim ke atas Palestin dihentikan segera

Serangan itu menyebabkan bangunan berketinggian 12 tingkat itu runtuh.

Malah, ia turut menyebabkan berlakunya kepulan asap dan debu besar-besaran di kawasan sekitar.

Kakitangan media dan individu dalam bangunan itu bagaimanapun sempat dipindahkan keluar.

Saluran berita Al-Jazeera yang dibiayai kerajaan Qatar turut menyiarkan rakaman serangan itu.

"Saluran kami tak akan berdiam diri. Al-Jazeera tak akan berdiam diri," ujar seorang pemberita wanita. - ABC News.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain