suria

Wanita pura-pura kahwin demi balas dendam kepada bekas kekasih

Sarah bergambar dengan 'suaminya' ketika majlis perkahwinan mereka.

SEORANG wanita memalsukan perkahwinannya kerana mahu membalas dendam kepada bekas kekasih.

Sarah Vilard merasakan cara terbaik untuk membalas dendam adalah dengan berkahwin dengan orang lain.

Biarpun dia tidak mempunyai calon, Sarah mendedahkan kepada pengguna TikTok bahawa dia membelanjakan wang untuk gaun pengantin dan sesi bergambar hanya untuk meyakinkan bekas kekasihnya tentang perkahwinan itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Teringat sebelum ini saya pernah pura-pura berkahwin hanya untuk membalas dendam kepada bekas kekasih," katanya.

Menerusi rakaman visual tersebut, menunjukkan beberapa gambarnya bersama suami dan pengapit di majlis perkahwinannya.

Video tersebut meraih hampir 120,000 tanda suka (likes) di aplikasi TikTok.- Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain