suria

Tak mahu beratur panjang, peminat fanatik seludup masuk ke Primark pakai uniform staf

Wanita ini berjaya melepaskan diri masuk Primark dengan memakai pakaian seperti salah seorang pekerja.

SEORANG wanita yang merupakan pelanggan Primark tular selepas berjaya mengelakkan diri daripada berbaris panjang di premis yang terletak di Dublin, Ireland.

Peminat fanatik yang juga menetap di Dublin itu memberitahu bahawa cawangan Primark di kawasan tersebut hanya membenarkan pelanggan masuk dengan temu janji sahaja selepas ia dibuka semula pada 12 April lalu.

Dalam percubaannya mengelakkan diri dari beratur, dia berjaya mendapatkan pakaian seragam staf dan menggunakannya untuk lepas masuk ke kedai tanpa janji temu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ternyata muslihatnya itu berjaya kerana dia dibenarkan masuk tanpa perlu beratur panjang seperti orang lain.

Orang ramai memuji tindakan bijaknya dan video tersebut meraih sebanyak 165,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Rangkaian kedai pakaian dan keperluan rumah yang terkenal di seluruh dunia itu kembali mencatatkan keuntungan seperti biasa hanya dalam tempoh seminggu apabila 156 outletnya dibuka selepas lama ditutup akibat Covid-19.

Dilaporkan lebih separuh premis memecahkan rekod jualannya sebaik sahaja ia dibuka kepada pelanggan. -Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Primark, Dublin, Ireland, peminat fanatik

Artikel Berkaitan

Artikel Lain