ISRAEL terus menyerang Semenanjung Gaza tanpa henti dengan serangan udara dan tembakan artileri pada Sabtu.
Ia dikatakan mempertingkatkan penempatan pasukan dan kereta kebal dekat wilayah Palestin yang dikepung.
Sekurang-kurangnya 126 penduduk Palestin, termasuk 31 kanak-kanak terbunuh, manakala 920 lagi cedera akibat serangan yang dilancarkan Israel sejak Isnin.
ARTIKEL BERKAITAN: Angka korban rakyat Palestin terus meningkat, 119 maut termasuk 31 kanak-kanak
Angka kematian dijangka terus meningkat, apabila satu lagi serangan udara melanda kem pelarian Shati di Gaza.
Kejadian itu mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang, termasuk enam kanak-kanak, manakala ramai lagi tertimbus dalam runtuhan.
[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]
Ribuan keluarga Palestin meninggalkan kediaman mereka dan mendapatkan perlindungan di sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
PBB menganggarkan kira-kira 10,000 penduduk Palestin telah meninggalkan kediaman mereka di Gaza akibat serangan Israel.
Dalam pada itu, pertempuran antara tentera Israel dan penduduk Palestin turut berlaku di Tebing Barat.
Sekurang-kurangnya 11 penduduk Palestin maut dalam pertempuran tersebut. - Aljazeera
Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!


