suria

Wanita baring dalam keranda, jemput rakan datang melawat semata-mata nak rasa pengalaman mati

Mayra memakai pakaian serba putih pada hari 'kematiannya'.

KEMATIAN itu suatu perkara yang pasti, namun bagi wanita yang dikenali sebagai Mayra Alonzo, dia ingin tahu bagimana rasanya apabila telah meninggal dunia.

Wanita berusia 59 tahun yang berasal dari Dominican Republic itu berbaring di dalam keranda yang disewanya dan memaksa kenalan rapat untuk hadir ke majlis 'pengebumiannya'.

Ahli keluarga dan rakan-rakan hanya menurut permintaannya malah mengambil giliran untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Mayra yang terbaring di dalam keranda dengan berpakaian serba putih.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mereka semua menikmati makanan dan minuman serta berkongsi memori bersama wanita tersebut.

Walau bagaimanapun dia memberi amaran tidak masuk akal kepada ahli keluarga dan kenalan rapatnya untuk tidak meninggal dunia kerana keadaan di dalam keranda adalah tidak selesa.- Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain