suria

Sekurang-kurangnya 65 rakyat Palestin terbunuh di Gaza termasuk komander Hamas

Serangan udara oleh Israel mengorbankan sekurang-kurangnya 65 rakyat palestin setakat ini.

SEKURANG-KURANGNYA 65 rakyat Palestin telah terbunuh sejak situasi tegang melanda Gaza susulan tentera Hamas memberikan kata dua kepada Israel, demikian menurut pihak berkuasa kesihatan di Gaza.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata komander dan 15 anggota tentera Hamas telah terbunuh dalam serangan udara.

"Ini baru permulaan. Kami akan membalas tidak seperti yang mereka bayangkan," katanya.

Selepas pengumuman itu, lebih banyak roket dilancarkan di kawasan Tel Aviv dan bandar-bandar Ashdod, Ashkelon dan Sderot.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Hamas mengesahkan kematian komander dan beberapa anggotanya dalam satu kenyataan.

Ketuanya Ismail Haniyeh menambahkan: "Konfrontasi dengan musuh bersifat terbuka." - Rueters

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

rayat Palestin, Komander Hamas, Gaza

Artikel Berkaitan

Artikel Lain