suria

Wanita kongsi kisah dibuli, digelar ‘Pinocchio’ kerana miliki hidung ganjil

Laudiane didiagnos menghidap haemangioma pada usia 16 tahun.

SEORANG wanita berkongsi kisah sedih dirinya yang pernah menjadi mangsa buli dan digelar 'Pinocchio' kerana mempunyai saiz hidung yang sedikit ganjil.

Namun semua itu adalah kerana dia menghidap haemangioma, sejenis penyakit bukan barah, yang menyebabkan keradangan saluran darah, sejak dia dilahirkan.

Laudiane Fernandes, dari Alagoas, Brazil banyak menghabiskan usia kecilnya keluar masuk hospital, sebelum dia didiagnos menghidap haemangioma pada usia 16 tahun.

"Saya menjalani lapan pembedahan dan yang terakhir, doktor cuba menyambung kembali kulit ke hidung saya tetapi ia menyebabkan jangkitan dan akibatnya, saya kehilangan sebahagian hidung," kata Laudiane.

Bagi menutup rongga hidungnya yang 'terbuka', doktor tidak mempunyai pilihan selain memotong sebahagian pipi kanannya untuk membentuk semula hidungnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bermula daripada ketika itu, dia menjadi perhatian ramai kerana keadaan hidungnya yang sedikit ganjil.

Laudiane sering diganggu ketika dia kembali semula ke sekolah.

Walaupun situasi itu amat menyakitkan, namun Laudiane lebih menumpukan kepada perkara yang positif dan merasa bersyukur dia masih hidup. - Dailystar

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain