suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa tunggal retak tengkorak kepala gara-gara tolak ‘friend request’ Facebook

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 22 bulan ke atas pelaku.

LAMAN Facebook bukan sahaja menjadi medium komunikasi, malah menjadi platform untuk menambah kenalan.

Namun, lain pula ceritanya melibatkan seorang bapa tunggal ini apabila dia cedera parah gara-gara menolak pelawaan untuk menjadi rakan di Facebook.

Menerusi kes yang dibicarakan di Mahkamah Newcastle Crown, mangsa diserang dengan botol kaca pada Mei lalu.

Pelaku yang dikenali sebagai Dixon, 31, mengaku bersalah atas tindakan itu.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 22 bulan ke atas pelaku.

Mangsa yang mengalami kecederaan retak tengkorak kepala kini dilaporkan semakin pulih. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain