suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Demi menjadi 'makhluk asing hitam', lelaki ini habiskan masa bertahun-tahun ubah suai wajah termasuk buang hidung, telinga

Anthony Loffredo sanggup melakukan beberapa prosedur pembedahan yang sangat menyakitkan demi menjadi makhluk asing hitam. Foto: Theblackalienproject

SEORANG lelaki menghabiskan masa bertahun-tahun melakukan proses ubah suai pada wajahnya, semata-mata mahu memenuhi impian menjadi 'makhluk asing hitam'.

Untuk tujuan berkenaan, Anthony Loffredo bukan sahaja mencacah tatu dan bertindik, malah dia melakukan beberapa prosedur pembedahan yang sangat menyakitkan.

Minggu ini, lelaki kelahiran Perancis berusia 32 tahun itu menjalani prosedur pembedahan membuang hidung.

Prosedur yang dikenali sebagai 'rhinotomi' itu akan membuatkan Anthony memiliki lubang yang 'ternganga' di wajahnya.

Sebelum ini, Loffredo membuang kedua-dua telinganya.

Lelaki ini juga menjalani prosedur menyakitkan untuk membelah lidah serta mencacah tatu di kedua-dua bola matanya sungguhpun ia berisiko menjadikan seseorang buta.

Dia juga memasukkan implan di bawah lapisan kulit untuk mendapatkan tekstur muka yang seolah-oleh mempunyai benjolan. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain