suria

Gempar! Mayat ditemui bawah sinki wad kecemasan, hospital sesak dengan pesakit Covid-19

Hospital tersebut sesak dengan pesakit Covid-19.

MAYAT seorang lelaki ditemui terbaring di sebuah hospital di Itali yang sesak dengan pesakit Covid-19.

Video yang dirakam di Hospital Cardarelli dekat Naples mendorang campur tangan kerajaan ketika pandemik Covid-19 melanda wilayah selatan Itali itu.

Dalam video mengejutkan yang dikongsi di Twitter itu, Rosario Lamonica pergi ke tandas di wad kecemasan sebelum terjumpa mayat seorang lelaki yang terbaring dibawah sinki.

Dia turut merakam suasana di wad kecemasan yang sesak dengan pesakit Covid-19 dengan kebanyakan mereka terbaring di atas pengusung.

"Apabila saya minta tolong, tiada siapa endah, ada yang minta saya supaya buat hal sendiri," kata Rosario kepada agensi berita ANSA.

Pemuda berusia 30 tahun itu berada di hsopital tersebut selama dua hari selepas disahkan positif Covid-19 dan mengalami kesukaran untuk bernafas.

"Lelaki yang meninggal (di tandas) itu satu wad dengan saya, bersama dengan seorang lagi lelaki tua," katanya.

Susulan video yang tular itu, hospital tersebut berkata salah seorang pesakitnya yang disyaki positif Covid-19 ditemui meninggal dunia di dalam tandas dekat wad kecemasan.

Punca kematian masih disiasat.

Jurucakap hospital tersebut, Raffaele Nespoli mengesahkan video tersebut dirakam di dalam wad kecemasan hospital berkenaan. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
mayat, wad kecemasan, hospital, Covid-19

Artikel Lain