suria

Tragis... majlis perkahwinan jadi punca seramai 176 orang dijangkiti Covid-19, tujuh maut

Lokasi majlis perkahwinan di Big Moose Inn di Millinocket. Foto: AP

JIKA ramai yang mempersoalkan mengapa pihak kesihatan tidak menggalakkan sebarang keraian dianjurkan ketika pandemik Covid-19, insiden tragis yang berlaku di sebuah majlis perkahwinan di Maine, Amerika Syarikat adalah paling terbaik untuk menjelaskan akibatnya.

Hanya 55 orang yang menghadiri majlis resepsi pada 7 Ogos di Big Moose Inn di Millinocket, tetapi salah seorang tetamu rupa-rupanya seorang 'pembawa' wabak berkenaan.

Difahamkan, suhu badan semua tetamu diambil, tiada yang direkodkan mengalami demam atau sebarang simptom berkaitan Covid-19.

Bagaimanapun, selepas 38 hari berikutnya, virus itu merebak menjangkiti 176 orang lain di mana tujuh daripadanya maut.

Lebih menyedihkan apabila tidak ada seorang mangsa yang maut itu menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

Dalam laporan terbaru, penyiasat daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Maine menjelaskan bagaimana keraian atau majlis mengakibatkan penderitaan dan kematian di seluruh negeri dalam jangka waktu yang singkat.

"Perhimpunan seperti perkahwinan, pesta ulang tahun, acara keagamaan dan pengebumian, berpotensi menjadi acara penyebaran Covid-19," kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Maine dalam laporan yang dikeluarkan pada Khamis lalu. - Latimes.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

majlis perkahwinan, Covid-19

Artikel Lain