suria

Lelaki sengaja tinggal kunci, beri peluang kepada pencuri untuk pecah masuk rumahnya... harap mereka insaf

Video dikongsi Alex turut menjadi tular di aplikasi TikTok.

KAWASAN kejiranan yang sering berhadapan masalah kecurian pastinya membimbangkan pemilik rumah.

Namun, seorang lelaki dikenali sebagai Alex Biron ada cara tersendiri untuk mengubah hidup beberapa pencuri di kawasan rumahnya.

Kata Alex, dia sengaja meninggalkan kunci di bawah karpet di pintu hadapan rumahnya.

"Ia sebenarnya bukan kunci rumah saya yang sebenar. Saya sengaja letak bawah karpet agar pencuri rasa gembira apabila menemuinya.

"Selepas itu, mereka pasti kecewa apabila kunci berkenaan gagal memasuki rumah saya.

"Dalam detik itu, saya mahu kekecewaan berkenaan mengubah diri mereka. Ia peluang untuk mereka membuat refleksi diri," katanya.

Dia turut berkongsi video mengenai hal itu menerusi TikTok sehingga menerima lebih 15 juta tontonan.

Malah, ia turut dihujani 20,000 komen netizen. - Bored Panda.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain