suria

Seram! Lelaki temui foto badut, nota tulisan tangan ketika ubah suai rumah baharu

Foto seorang badut bersama sekeping nota tulis tangan kanak-kanak. foto Mirror

SEORANG lelaki dihantui dengan penemuan sekeping nota tulisan tangan dan sekeping gambar menunjukkan seorang badut.

Ketika kejadian, Paul Jones dari Liverpool, United Kingdom sedang mengubah suai rumah baharunya.

Pada mulanya, dia menyangka nota tersebut ditinggalkan oleh pemilik sebelumnya.

Nota tersebut menyebut: "Megan, saya benci sangat awak pada masa ini tetapi saya cintakan awak."

Note tersebut kelihatan ditulis oleh seorang kanak-kanak.

Bagaimanapun, pemilik rumah sebelumnya tidak mempunyai anak.

Selain nota tersebut, Paul turut menemui sekeping foto Polaroid yang menunjukkan seorang lelaki berpakaian kostum badan dengan riak wajah yang sedih. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain