suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar kereta rempuh pagar Masjidil Haram

Keadaan sebuah kereta yang merempuh pagar Masjidil Haram.

SEBUAH kereta merempuh pagar Masjidil Haram di Makkah pada Jumaat malam, lapor media tempatan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pada lewat Jumaat malam (waktu tempatan).

Video yang dikongsi di media sosial menunjukkan sebuah kereta dipandu laju sebelum merempuh pagar berkenaan.

Kereta tersebut kemudian terbabas dekat salah sebuah pintu di masjid.

Akhbar tempatan, Okaz melaporkan bahawa tiada orang awam yang cedera dalam kejadian itu.

Turut dilaporkan beberapa individu dilihat mengalihkan kenderaan terbabit daripada kawasan masjid berdasarkan rakaman video yang tular di laman sosial.

Menurut laporan itu, pemandu berkenaan yang merupakan warga Arab Saudi ditahan dan siasatan sedang dijalankan. - Middle East Eye

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain