Foto imbasan bayi dalam kandungan mirip Trump tular

Foto tersebut mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen.

PASANGAN ini terkejut selepas foto ujian imbasan menunjukkan bayi dalam kandungan menyerupai bentuk wajah Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Selepas memerhatikan foto tersebut, Hana Speariett, 31, dan pasangannya, Karl, 34, terus terbayang wajah Trump.

“Saya melihat gambar itu dan kata anak kami sangat comel tapi kenapa dia kelihatan seperti Donald Trump?

“Dalam gambar itu nampak jelas seakan-akan rambut Trump, ” katanya.

Foto ujian imbasan bayi pasangan itu yang dikongsi pasangan itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen susulan pilihan raya Presiden negara itu yang akan diadakan pada 3 November depan.

Trump bakal berdepan dengan musuh ketatnya, Joe Biden dari Parti Demokrat.

Sebelum ini, seorang wanita turut berkongsi gambar stik tuna mirip presiden AS itu di media sosial dan menjadi tular. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain