suria

Tragis remaja maut kepala terkena kayu hoki ketika berlatih

Kenangan... Luke Hobson (kanan) bersama ibunya, sebelum maut terkena kayu hoki di kepala ketika berlatih. -foto The Hobson family

SEORANG remaja lelaki berusia 14 tahun meninggal dunia setelah kepalanya terkena kayu hoki ketika berlatih di padang.

Ketika kejadian, Luke Hobson dari Hitchin, United Kingdom terbunuh ketika berlatih di pusat latiha hoki pada 28 Mac 2019.

Ketika kejadian, kepala remaja itu terkena kayu hoki pemain lain ketika dia sedang menggelecek.

Perkara itu dimaklumkan menerusi pendengaran inkues berhubung kematiannya, menurut laporan Hertfordshire Mercury.

Ibu bapa mangsa, Peter Hobson dan Helen Moss bersuara mengenai kesedihan mereka di atas kehilangan Luke.

Menerusi inkues selama dua hari di Mahkamah Koroner Hatfield, ibu bapa Luke menjelaskan bahawa kesimpulannya mungkin tidak dilakukan, tetapi mereka perlu mendapatkan penjelasan mengenai detik-detik terakhir sebelum kejadian yang meragut nyawa anaknya.

Insiden berlaku dengan pantas sebaik jurulatih menghidupkan lampu gelanggang ketika pemain sedang berlatih. - Mirrror



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

maut, kayu hoki, inkues,

Artikel Lain