suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bermula daripada gigitan nyamuk, pemuda terpaksa tanggung derita lebih 20 tahun apabila kaki makin membesar

Keadaan kaki Bong yang kini membesar seperti saiz seekor anak kambing. Foto: ViralPress

SEMUANYA bermula daripada gigitan nyamuk, lelaki ini akhirnya terpaksa menanggung penderitaan selama lebih 20 tahun apabila kakinya semakin membengkak.

Kaki kiri Bong Thet, 27, pada mulanya hanya mengalami bengkak kecil ketika dia berusia enam tahun sebelum ia kemudian bertukar menjadi luka.

Ibu bapanya ketika itu tidak terlalu mengnendahkannya kerana mereka menyangka luka tersebut diperoleh ketika Bong bermain bersama rakan-rakan sekampung yang terletak di wilayah Kampong Chhnang, Cambodia.

Namun lama kelamaan bengkak pada kakinya makin membesar sehingga usianya mencecah 12 tahun.

Pernah bercita-cita menjadi pemain bola sepak, bagaimanapun hasrat tersebut terpaksa dikuburkan dek kerana keadaan kakinya.

Kini, bengkak di kaki Bong mencapai saiz sebesar seekor anak kambing.

Doktor mengesahkan Bong menderita penyakit Filariasis limfatik atau penyakit untut, sejenis penyakit yang disebabkan oleh cacing filaria yang menular daripada pelbagai jenis nyamuk.

Bong tidak pernah mendapatkan rawatan kerana ibu bapanya tidak berkemampuan lantaran hanya bekerja kilang, namun kini nasibnya mendapat perhatian dan ramai yang memberi sumbangan kepada keluarganya. - Dailystar.co.uk



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain