suria

Kejam! Baru keluar penjara, serang mangsa lagi... remaja dirogol, dibakar hidup-hidup

Seorang mangsa cuba bangkit menjalani kehidupan daripada insiden serangan seksual yang pertama pada 2016. Foto Newsflash

SEORANG remaja perempuan didakwa diseksa, dirogol dan dibakar hidu-hidup oleh seorang lelaki.

Suspek sebelum ini dipenjara kerana melakukan serangan seksual ke atas mangsa.

Chaima Sadou, 19, dikatakan diculik dan dibunuh oleh suspek, yang dikenali sebagai Rayan setelah dibebaskan dari penjara.

Mayat mangsa yang rentung ditemui di sebuah stesen minyak terbengkalai di Thenia, di Algeria, pada 2 Oktober lalu.

Pembunuhan itu berlaku setelah mangsa cuba bangkit semula membina kehidupannya susulan insiden serangan seksual pertama pada 2016.

Rayan sebelum ini dipenjara selama tiga tahun akibat kesalahan tersebut.

Ibu mangsa percaya suspek cuba membalas dendam akibat hukuman berkenaan.

Dia merayu agar suspek yang membunuh anaknya itu dijatuhkan hukuman mati. - Daily Star



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

rogol, seksa, bakar hidup-hidup,

Artikel Berkaitan

Artikel Lain