suria

Tragis mak ayah letak mayat anak mangsa rogol di jalanan tanda protes

Mayat seorang kanak-kanak yang merupakan mangsa rogol diletakkan di jalanan oleh keluarga mereka sebagai tanda bantahan selepas serangan itu. - Foto Navodaya Times

SEPASANG suami isteri bertindak meletakkan mayat anak mereka yang merupakan mangsa rogol, di jalanan sebagai tanda bantahan di India.

Mangsa berusia enam tahun itu meninggal dunia selepas beberapa hari kejadian rogol.

Kanak-kanak perempuan itu dibawa ke hospital selepas serangan kejam, namun tidak dapat diselamatkan selepas 10 hari bertarung nyawa.

Beberapa gambar menyayat hati menunjukkan keluarga mangsa mengelilingi mayat mangsa yang ditutupi dengan kain putih di jalanan.

Mereka membuat bantahan menuntut anggota polis yang tidak bertanggungjawab ditahan susulan tragedi itu.

Mangsa dilaporkan diserang secara seksual oleh sepupunya di Uttar Pradesh di utar India, sebelum dibawa ke hospital di Delhi.

Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya pada Selasa.

Menurut Times of India, seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan berhubung serangan itu.

Suspek didakwa menyerang mangsa yang ketika itu berada di rumah menjaga adik-beradiknya, sementara ibu bapa mereka keluar bekerja. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wajah bayi berkedut seperti berusia 80 tahun