suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis tersilap keluarga mangsa beritahu anak terbunuh dalam kemalangan

Dylan Irvine meninggal dunia di lokasi kejadian. Foto Daily Record

POLIS Scotland membuat permohonan maaf selepas tersilap memberitahu sebuah keluarga mengenai anak lelaki mereka terbunuh dalam kemalangan jalan raya.

Mangsa, Dylan Irvine, 19, meninggal dunia di lokasi kejadian di jalan A90 dekat Crimond, Aberdeenshire pada kira-kira pukul 7.30 pagi waktu tempatan, Isnin lalu.

Bagaimanapun, disebabkan kekeliruan yang tidak disengajakan, rakan Dylan yang berusia 18 tahun yang mengalami cedera parah telah tersalah anggap sebagai mangsa nahas yang terbunuh.

Anggota polis memaklumkan keluarga rakan Dylan bahawa anak mereka maut dalam kejadian itu.

Mereka kemudian menyedari kesilapan tersebut dan memperbetulkan semula. Bagaimanapun, kesilapan itu difahami oleh keluarga berkenaan.

Inspektor Neil Lumsden berkata, kesilapan maklumat itu diberikan kepada polis di lokasi kejadian.

Siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain