suria

Malang nasib tiga sekawan... seorang maut, dua lagi kritikal selepas terbang ke Turki untuk rawatan pemutihan gigi

Richard Molloy (gambar kecil, belakang) maut manakala dua rakannya kritikal selepas terbang ke Turki untuk rawatan pergigian. Foto: Facebook

SEORANG lelaki menemui ajal gara-gara melancong ke Turki untuk melakukan rawatan pemutihan gigi.

Richard Molloy, 33, dari Ardoyne, Belfast utara, meninggal dunia pada Sabtu setelah terbang ke negara berkenaan.

Manakala dua rakannya, yang dikenali sebagai Declan Carson dan Aaron Callaghan pula dilaporkan sedang bertarung nyawa dan berada dalam keadaan kritikal di hospital.

Sehingga kini punca sebenar kematian Molloy masih belum dapat dipastikan.

Sebuah badan yang membantu keluarga Molloy dengan urusan membawa mayatnya pulang, mengatakan masih belum disahkan bagaimana ketiga-tiga sahabat itu jatuh sakit.

Sumber memberitahu The Guardian bahawa tiga sahabat itu terbang ke Turki untuk menjalani prosedur pemutihan gigi.

Negara berkenaan terkenal dengan industri pelancongan perubatan dan pergigian.

Terdapat juga laporan mengatakan bahawa mereka mengambil ubat-ubatan yang berkaitan dengan rawatan, sebelum ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di apartmen, bagaimanapun ia masih belum dapat dipastikan. - Metro.co.uk



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Wajah bayi berkedut seperti berusia 80 tahun