suria

Keluar hospital, Trump dakwa mungkin ‘imun’ Covid-19

Trump di balkoni Rumah Putih setelah kembali dari hospital. Foto Reuters

DONALD Trump mendakwa bahawa beliau mungkin imun terhadap Covid-19.

Presiden Amerika Syarikat (AS) berada di hospital sejak Jumaat lalu, bagi menerima rawatan Covod-19 dengan streroid, antibiotik dan menerusi beberapa terapi moden.

Antara rawatan tidak disediakan kepada orang kebanyakan di negara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Donald Trump dan isteri positif Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN: "Adakah saya akan mati kerana Covid-19?" - Trump tanya pembantu, bimbang hidupnya bakal berakhir seperti rakan

Bagaimanapun, beliau kemudian keluar dari hospital tentera Walter Reed dan kembali ke Rumah Putih.

Sejurus ketibaan Trump di Rumah Putih, beliau mendakwa bahawa virus yang mengorbankan lebih 200,000 rakyat Amerika itu, sebenarnya tidak perlu dibimbangkan.

Trump turut mendakwa bahawa pemulihannya yang cepat daripada penyakit itu disebabkan beliau 'imun' terhadap virus itu.

Beliau juga dilihat menanggalkan pelitup muka sebaik tiba di Rumah Putih. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain