suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah cuba buat prank, kaki gadis tersepit dalam mesin pengering baju

Pasukan bomba mengeluarkan kaki seorang gadis yang tersepit di dalam mesin pengering baju selepas cuba membuat prank. Foto SWNS:South West News Service

PADAH membuat gurauan atau prank, begitulah nasib yang menimpa seorang pelajar yang cuba memasukkan dirinya dalam mesin pengering baju.

Pelajar berkenaan, Rosie Cole, 21, terpaksa diselamatkan oleh pasukan bomba selepas kakinya tersepit di dalam mesin tersebut.

Ketika kejadian di Yorkshire, England, rakan-rakan serumah yang sama-sama menuntut di Universiti Hull cuba membantu untuk mengeluarkannya tetapi gagal.

Sebelum itu, Rosie minum bersama rakan-rakannya dan kemudian mencabar dirinya untuk masuk ke dalam mesin pengering.

Rakan-rakannya pada awalnya berfikir Rosie tidak muat untuk masuk ke dalam mesin tersebut, tetapi mereka terkejut apabila kaki gadis itu tersepit di dalamnya.

Pasukan kecemasan dihubungi dan seramai tiga anggota bomba datang ke lokasi kejadian untuk menyelamatkannya. - The Sun UK

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain