suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pernah ‘tilik’ Presiden AS akan hidap penyakit misteri pada 2020, ramalan Baba Vanga kembali jadi buah mulut selepas Trump positif Covid-19

Baba Vanga pernah membuat ramalan mengenai tahun 2020 antaranya melibatkan Presiden AS.

INGATKAH anda pada wanita yang bernama Baba Vanga?

Wanita buta dari Bulgaria ini pernah menjadi buah mulut ramai kerana dikatakan membuat ramalan tepat mengenai Brexit, serangan menara World Trade Centre (WTC) dan kebangkitan ISIS.

Wanita yang digelar 'Nostradamus dari Balkan' ini dikatakan pernah membuat beberapa ramalan untuk tahun 2020, sebelum meninggal dunia pada 1996 pada usia 85 tahun.

Antara ramalannya adalah Presiden Amerika Syarikat ke-45 akan mengalami penyakit misteri yang menyebabkannya menjadi pekak dan menghidap tumor otak pada 2020.

Ramalannya kembali diperkatakan, selepas Presiden Donald Trump awal minggu ini disahkan positif Covid-19.

Seorang pelayar Twitter menulis: "Saya sudah mendengar ramalan ini sejak tahun lalu, dan saya tak mempercayainya. Tapi kini saya sudah percaya".

Bagaimanapun, sebahagian ramalan Baba Vanga terbukti berlaku, namun ada juga yang tidak tepat. - Thesun.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain