suria

Aneh! Lelaki sering bawa angsa peliharaan ke pub, siap pakaikan lampin khas

Sven mula memelihara Norbert dan Beep Beep sejak beberapa bulan lalu. Foto: SWNS

PELIK! Seorang lelaki yang memelihara dua ekor angsa membawa haiwan peliharaannya itu ke pub dengan memakai lampin khas.

Sven Kirby, 34, mula memelihara angsa yang diberi nama Norbert dan Beep Beep sejak tempoh berkurung beberapa bulan lalu.

Malah, Sven jua sering dilihat bersiar-siar bersama haiwan berkenaan di sekitar jalan-jalan di Leeds, England.

"Saya tahu angsa adalah haiwan peliharaan yang aneh tetapi saya mahukan perbezaan.

"Saya mungkin boleh memelihara seekor anjing tetapi memandangkan saya bekerja sepenuh masa, ia sungguh tak adil. Berbeza dengan angsa yang tidak memerlukan perhatian yang lebih," katanya.

Menurut Sven, Norbert dan Beep Beep dipakaikan lampin khas yang diterbangkan dari Amerika.

Ketika membawa bersama dua 'rakannya' itu ke pub, Sven berkata kedua-dua haiwan berkenaan hanya berdiri di sebelahnya.

"Semua orang di sana (pub) menyukai mereka," katanya. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

angsa, lampin khas, pub

Artikel Lain