suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggap Covid-19 sama seperti selesema, ciapan Trump ditapis laman sosial

Laman sosial Twitter bertindak menapis beberapa ciapan Trump. Foto: Getty Images

LAMAN sosial Twitter bertindak menapis beberapa ciapan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang menulis mengenai Covid-19 dengan menyamakan wabak itu seperti selesema.

Trump sudahpun keluar daripada hospital selepas empat hari menerima rawatan akibat dijangkiti Covid-19 pada Jumaat lalu.

Trump menulis: "Musim selesema bakal hadir! Ramai orang pada setiap tahun, kadang kala melebihi 100,000 mati akhibat selesema walaupun ada vaksin. Apakah kita akan menutup negara kita? Tidak, kita perlu hadapinya sama seperti kita menghadapi Covid-19 di kebanyakan populasi yang jauh lebih membahayakan."

Trump menghantar ciapan tersebut pada pagi Selasa.

Laman sosial Twitter mengkategorikan ciapan presiden tersebut sebagai kandungan yang 'menyebarkan maklumat tidak tepat dan berpotensi merbahaya berkaitan dengan Covid-19'.

Para pelayar perlu menekan butang (klik) terlebih dahulu sebelum dapat melihat tweet kontroversi tersebut.

Trump baru-baru ini juga mengejutkan ramai pihak apabila mendakwa dirinya mungkin imun terhadap Covid-19.

Sebaik sahaja keluar hospital pada Isnin, beliau terus ke Rumah Putih. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Donald Trump, Covid-19, selesema, ciapan

Artikel Lain