suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penumpang bersalin pramatang dalam pesawat, anak dapat tiket penerbangan percuma sepanjang hayat

Penumpan wanita (duduk, tengah) memangku anaknya yang baru lahir selepas pesawat mendarat di Bangalore, India. -foto Twitter/India Times

SEORANG penumpang wanita melahirkan bayi lelaki di dalam pesawat dari Delhi ke Bangalore di India pada Rabu, menurut kenyataan rasmi syarikat penerbangan, IndiGo.

"Kami mengesahkan seorang bayi lelaki dilahirkan secara pra-matang ketika penerbangan 6E 122 dari Delhi ke Bangalore.

"Tiada butiran lanjut pada masa ini," menurut IndiGo dalam satu kenyataan ringkas.

Kedua-dua ibu dan bayi tersebut dalam keadaan sihat.

Ramai berkongsi gambar kru kabin memegang bayi tersebut, yang kini tular di media sosial.

Kru kabin IndiGo turut dipuji kerana membantu penumpang wanita itu melahirkan anaknya di dalam pesawat dengan selamat.

Menurut satu laporan oleh NBT, IndiGo mengumumkan tiket penerbangan percuma sepanjang hayat kepada bayi berkenaan. - India Times

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia