suria

Polis buru kumpulan perogol, seret gadis ke padang bola sebelum dibiar tak bermaya

Siasatan sedang dijalankan dan polis kini sedang memburu suspek kejadian berkenaan.

SUDAH jatuh ditimpa tangga.

Begitulah kisahnya melibatkan seorang gadis di Tsolo, Afrika Selatan yang menjadi mangsa rogol, Jumaat lalu.

Menurut gadis berusia 17 tahun itu, dia diseret ke padang bola sebelum dirogol sekumpulan lelaki.

Selepas ditinggalkan tidak bermaya, dia diselamatkan seorang lelaki yang kemudiannya turut merogolnya.

Menurut mangsa, dia sedang berjalan pulang dari rumah rakannya sebelum diserang sekumpulan lelaki.

Siasatan sedang dijalankan dan polis kini sedang memburu suspek kejadian berkenaan. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain