suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enggan simpan dendam, bapa maafkan perogol anak - “Kamu ada masa untuk bertaubat”

Bapa mangsa, Jerome Williams, enggan menyimpan dendam terhadap lelaki itu.

MULIANYA hati seorang bapa apabila dia memaafkan perogol serta pembunuh anaknya.

Kata Jerome Williams, dia tidak mahu menyimpan dendam kerana anaknya juga sudah tiada.

"Saya tak sama macam orang lain. Saya tiada niat jahat ke atas kamu. Dalam perjalanan ini, kamu perlukan tuhan.

"Saya maafkan kamu. Saya datang ke sini dengan tersenyum, Kamu abang saya. Kamu lakukan kesilapan, kamu ada masa untuk bertaubat," ujarnya sewaktu perbicaraan di mahkamah.

Menerusi kejadian yang berlaku pada 2014, Felecia William, 9, dirogol sebelum dibunuh dan mayatnya dibuang dalam sebuah beg di pelabuhan Tampa, Florida.

Mayat mangsa ditemui tiga bulan kemudian sebelum pelaku, Granville Ritchie ditahan polis.

Pada Jumaat lalu, lelaki itu dibicarakan sekali lagi bagi pendengaran hukuman mati atas perlakuan jenayahnya. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain