suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu tumpah air mata, parti hari lahir anak sindrom down hanya dihadiri seorang tetamu

Wanita itu menyifatkan peristiwa berkenaan sebagai hari paling sedih dalam hidupnya.

SEORANG ibu gagal menahan air mata selepas parti ulang tahun kelahiran anaknya hanya dihadiri seorang tetamu.

Menurut wanita itu, anaknya yang berumur lima tahun menghidap sindrom down dan dia cukup hampa dengan kejadian berkenaan.

Dia turut berkongsi kesedihan itu menerusi video di aplikasi TikTok.

"Anda nak tahu berapa ramai yang datang? Hanya seorang, ' ujarnya.

Malah, dia turut menyifatkan peristiwa itu sebagai hari paling sedih dalam hidupnya.

Dalam pada itu, ramai netizen menghujani posting TikTok itu dengan kata-kata semangat buat wanita berkenaan dan anaknya. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain