suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki buat ujian Covid-19 tertelan ‘batang swab’

Petugas kesihatan melakukan ujian swab ke atas seorang lelaki. Gambar hiasan/Foto AP

SEORANG lelaki yang menjalani ujian Covid-19 dikejarkan ke hospital selepas tertelan batang swab.

Pesakit berkenaan dimasukkan ke hospital Hull Royal Infirmary di United Kingdom selepas insiden tersebut.

Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada pesakit cuba melakukan ujian ke atas dirinya sendiri atau menelan batang swab itu secara tidak sengaja selepas menjalani ujian, lapor Hull Live.

Batang swab itu sepanjang enam inci dan diperbuat daripada plastik yang nipis, serta terdapat satu material di bahagian hujungnya.

Ujian saringan Covid-19 memerlukan batang tersebut dimasukkan ke dalam kerongkong bagi mendapatkan spesimen.

Sementara itu, Hull Royal Infirmary bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai insiden yang berlaku pada Selasa. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain