suria

Kapal karam berusia 400 tahun ditemui... keadaan hampir sempurna, punca kejadian jadi misteri

Penyelam meninjau sebuah kapal yang ditemui tenggelam di dasar laut.

BANGKAI sebuah kapal besar ditemui karam dalam keadaan hampir sempurna, meskipun berada di dasar laut selama hampir 400 tahun.

Kapal tersebut menjadi kunci kepada kebangkitan Kerajaan Belanda yang menjadi kuasa besar ekonomi yang mengendalikan separuh penghantaran di Eropah pada 1670.

Walaupun bangkai kapal adalah jarang-jarang berlaku, tetapi salah satu kapal ditemui di dasar Laut Baltik dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, misteri menyelebungi kapal tersebut tentang bagaimana ia karam.

Jouni Polkkp dari Badewanne, pasukan menyelam Finland yang melakukan penemuan itu berkata: "Tiada petunjuk untuk itu.



Keadaan kapal masih dalam keadaan baik.

"Badannya masih kukuh. Ia berada di tengah lautan, jadi ia tidak diusik.

"Ia mungkin terbalik ketika ribut, atau pam tersekat dan terlalu banyak air di dalam kapal kerana bocor.

"Atau mungkin kabelnya untuk mengemudinya tidka beroperasi membuat kapal tidak stabil. Tapi kita benar-benar tidak tahu," katanya.

Pasukan menyelam memberitahu bahawa penemuan di muara Teluk Finland yang percaya bahawa keadaan tempatan membantu melindungi struktur kapa tersebut. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain