suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar di Wuhan akhirnya kembali ke kampus, terkejut lihat kura-kura peliharaan tinggal rangka

Pelajar itu kembali ke kampung di Taiyuan pada 12 Januar sebelum terperangkap akibat Covid-19.

SATU rakaman penuh emosi memaparkan pelajar pulang ke kampus di Wuhan selepas lapan bulan ia ditutup.

Apa yang menyedihkan, salah seorang pelajar terkejut melihat kura-kura peliharaan yang ditinggalkan sudah mati dan hanya tinggal tengkorak.

Menurut Lin Buxiu, 22, dia kembali ke kampung di Taiyuan pada 12 Januari sebelum terperangkap akibat Covid-19.

Biarpun sedih dengan kematian haiwan itu, dia turut membuat video mengenainya menerusi TikTok.

Ujarnya, dia sudah meninggalkan air dan makanan buat kura-kura itu.

Namun 11 hari selepas dia pulang, Wuhan mengumumkan perintah berkurung penuh sekaligus menyebabkan dia gagal pulang untuk mengambil haiwan itu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Lin Buxiu, pelajar, kampus, kura-kura, Wuhan

Artikel Lain