suria

Pengacara terkejut, rancangan tv tak sengaja siar video lelaki bogel secara langsung

Barisan pengacara turut berjenaka mengenai paparan visual yang ditayangkan secara tidak sengaja itu.

PENGACARA rancangan televisyen This Morning, Phillip Schofield dan Holly Willoughby terkejut apabila satu paparan visual memaparkan dua individu sedang berbogel disiarkan secara langsung.

Menerusi rancangan itu, seorang lagi pengacara, Josie Gibson, sedang melakukan lintas langsung.

Menerusi temubual itu, Josie berada di sebuah lokasi yang menghimpunkan sekumpulan individu berbogel dalam kawasan semula jadi.

Sewaktu kamera digerakkan ke kawasan sekitar, mereka secara tidak sengaja memaparkan dua individu berbogel di belakang Josie.

Malah sewaktu temubual bersama Josie, kemaluan seorang lagi lelaki turut disiarkan secara tidak sengaja.

Phillip, 57, dan Holly, 39, yang berada di studio ternyata tidak dapat menyembunyikan riak wajah terkejut merea.

Selain terkejut, barisan pengacara itu turut berjenaka mengenai hal itu dalam program berkenaan. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain