suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecewa kalah main game jadi punca budak lelaki bunuh rakan usia 10 tahun, rakaman CCTV jadi bukti

Kejadian berlaku di Madhya Pradesh, India pada Isnin lalu.

SEORANG budak lelaki berusia 11 tahun ditahan selepas didakwa membunuh kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.

Berlaku di Madhya Pradesh, India pada Isnin lalu, mangsa dikatakan hilang selepas keluar memetik bunga bersendirian.

Selepas pencarian dibuat, mayat mangsa ditemui tidak jauh dari rumah dengan kesan hentakan batu pada kepala.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan pengakuan saksi, polis menahan suspek yang sedang bersemubunyi dalam kamar mandi kediamannya.

Selepas disoal, suspek mengaku melakukan perbuatan itu kerana sering dikalahkan mangsa menerusi permainan video dikenali sebagai Free Fire.

Ujarnya, dia sedih dan menyimpan dendam kerana gagal memanangi permainan berkenaan.

Polis kini sedang menunggu laporan bedah siasat untuk meneruskan siasatan. - India Times.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain