suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kemaluan digigit ular ketika guna tandas, remaja lelaki dikejarkan ke hospital

Keadaan ular sawa di mangkuk tandas yang menggigit kemaluan seorang remaja lelaki. Foto ViralPress

SEORANG remaja lelaki dikejarkan ke hospital selepas kemaluannya digigit oleh seekor ular sawa.

Dalam kejadian yang berlaku di Nonthaburi dekat Bangkok di Thailand, mangsa sedang menggunakan tandas.

Siraphop Masukarat, 18, yang berada di tandas berasa sakit di kemaluannya,

Mangsa menundukkan kepalanya dan melihat seekor ular sawa sedang menggigit hujung kemaluannya.

Ular tersebut kemudian melepaskannya dan dapat dilihat darah menitik di sekitar mangkuk tandas.

Siraphop menjerit ketakutan dan berlari keluar dari bilik mandi seluarnya masih terlucut di bahagian buku lali.

Ibu remaja berkenaan panik dan bergegas ke Hospital Bang Yai membawa anaknhya untuk merawat kecederaan. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain