suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Boleh pilih denda jika gagal pakai pelitup muka, bayar kompaun atau baring dalam keranda

Pilihan denda itu bagaimanapun sudah dihentikan selepas ia menerima kritikan ramai.

PIHAK polis di Jakarta, Indonesia diminta menghentikan hukuman kontroversi ke atas mereka yang gagal memakai topeng muka.

Menerusi hukuman itu, pesalah diberi pilihan untuk membayar kompaun, melakukan kerja komuniti ataupun berbaring di dalam keranda.

Menurut pengkritik, amalan itu wajar dihentikan.

Kata Santoso, Timbalan Pengerusi Pasar Rebo, pesalah memilih untuk berbaring di dalam keranda kerana enggan membayar kompuan.

"Jika pilih kerja sosial, mereka perlu cuci kemudahan awam sekurang-kurangnya satu jam.

"Apabila saya tanya kenapa tak bayar kompaun, mereka kata tiada wang," ujarnya.

Pilihan denda itu bagaimanapun sudah dihentikan selepas ia menerima kritikan ramai.

Dalam pada itu, beberapa daerah di Jakarta turut membina monumen keranda bagi memberi kesedaran mengenai kadar kematian Covid-19 di negara itu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Jakarta, keranda, Covid-19, denda, pelitup muka

Artikel Lain