suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki 57 tahun yakin bakal meninggal dunia pada minggu hadapan, luah hasrat papar detik akhir menerusi siaran live Facebook

Ujar Cocq, rakaman detik akhir itu mampu memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai euthanasia.

SEORANG lelaki yang sedang sakit tenat meluahkan hasrat untuk menyiarkan detik kematiannya secara langsung menerusi Facebook.

Alain Cocq, 57, berkata, ia sebagai tanda protes selepas hasratnya untuk menjalani proses euthanasia ditolak oleh pihak kerajaan.

Menerusi proses euthanasia, dia boleh memilih untuk mati sekiranya menghidap penderitaan mental atau fizikal yang kronik atau tidak boleh dirawat.

Ujar Cocq, dia yakin bakal menamatkan riwayatnya pada minggu hadapan dan mahu ia ditonton menerusi laman sosial berkenaan.

Menurutnya lagi, rakaman detik akhir itu mampu memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai euthanasia.

Sebelum ini, permohonan yang dibuat lelaki itu ditolak memandangkan ia tidak dibenarkan di negara Perancis. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain