suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Miliki 8 juta pengikut, YouTuber terkenal meninggal dunia pada usia 26 tahun

Punca kematian YouTuber itu bagaimanapun tidak didedahkan ahli keluarga.

YOUTUBER terkenal, Lloyd Cafe Cadena yang memiliki lapan juta pengikut meninggal dunia pada usia 26 tahun.

Berita duka itu dikongsi menerusi Facebook oleh keluarganya, baru-baru ini.

"Dengan berat hati kami mengumumkan pemergian Lloyd Cafe Cedena yang dikasihi.

"Moga dia sentiasa dikenang atas segala perkongsian kegembiraan dan gelak tawa selama ini.

"Keluarga kami mohon diberikan ruang. Doakan kami pada detik ini," ujar wakil keluarga YouTuber itu.

Bagaimanapun, punca kematian tidak didedahkan.

Dia mula menempa nama dengan video masakan dan pelbagai cabaran sejak tahun 2011.

Dia mengumpul lapan juta pengikut menerusi dua akaun YouTube dan turut mempunyai lima juta peminat di Facebook.

Rata-rata peminat di media sosial turut meluahkan rasa terkejut atas pemergian itu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain