suria

Polis seksi kumpul 34,000 pengikut IG dalam 2 hari, ramai luah hasrat mahu jumpa - “Sila tahan saya”

Dia turut memadam foto dirinya dalam seragam polis selepas akaun laman sosialnya tular.

RAMAI individu bergelar selebriti segera dengan populariti yang diraih menerusi media sosial.

Begitu juga dengan seorang anggota polis wanita ini apabila namanya menjadi sebutan ramai setelah dia berkongsi foto seksi di internet.

Ana Maria Arias yang berasal dari Colombia meraih 34,000 pengikut di laman Instagram setelah dua hari membuka akaun laman sosial itu.

Malah, foto-foto yang dikongsi turut dihujani dengan ribuan komen.

"Sungguh cantik.

"Sila tahan saya, wahai cintaku," tulis netizen.

Dalam pada itu, Ana turut memadam foto dirinya dalam seragam polis selepas akaun laman sosialnya tular.

Sehingga kini, pengikutnya juga telah bertambah menjadi 165,000 orang. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain